Chelsea dikatakan mahu membawa Lampard (kiri) menggantikan Sarri. FOTO REUTERS
Chelsea dikatakan mahu membawa Lampard (kiri) menggantikan Sarri. FOTO REUTERS
Agensi

MENANG atau tidak Liga Europa, Chelsea sudah bersedia menyingkirkan Maurizio Sarri.

Menurut laporan akhbar Britain, kelab London itu mahu membawa masuk bekas pemain, Frank Lampard sebagai pengganti di Stamford Bridge.

Jurulatih Itali yang bergelut untuk memenangi hati peminat sekalipun melalui musim pertama yang mantap bersama The Blues dengan dua kali mara ke final dan menamatkan saingan di tempat Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sky Sport Italia melaporkan Chelsea mahu mencari pengganti pengurus selepas final Liga Europa di Baku dan mahu Lampard membimbing pasukan pada era baru.

Bekas pemain tengah itu kini fokus mahu kelab dikendali sekarang, Derby County mengatasi Aston Villa pada playoff penentu untuk mendapat kelayakan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) di Wembley, minggu depan.

Bos-bos di Chelsea kagum dengan cara Lampard membawa dirinya dan yakin untuk membawa bekas pemain legenda kelab itu semula ke Stamford Bridge.

Malah, penjaga gol, Petr Cech sudahpun ditawarkan tugasan sebagai sebahagian daripada kakitangan teknikal Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 2:38 PM