Jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac. FOTO Reuters
Jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac. FOTO Reuters
Reuters

JURULATIH Bayern Munich Niko Kovac sedar akan masa depannya bersama gergasi Jerman itu bergantung kepada perlawanan penentuan juara Bundesliga pada Sabtu dan final Piala Jerman walaupun kontrak pengendali itu tamat sehingga 2021.

Bayern yang mendahului liga dengan dua mata mengatasi Borussia Dortmund menuju ke perlawanan penentuan hujung minggu ini dalam misi mencatat kemenangan di gelanggang sendiri berdepan bekas kelab Kovac, Eintracht Frankfurt untuk memastikan kejuaraan ketujuh liga buat kelab itu.

The Bavarians turut berdepan RB Leipzig pada final Piala Jerman hujung bulan ini.

Kovac yang berdepan cabaran pada awal musim, hampir terlepas saingan kejuaraan liga pada November apabila Bayern ketinggalan sembilan mata di belakang Dortmund.

Rentak kemenangan selepas rehat musim sejuk membolehkan Bayern mengatasi Dortmund, penyingkiran daripada aksi Liga Juara-Juara kepada Liverpool pada peringkat 16 terakhir turut menambah tekanan kepada Kovac.

“Pada musim sejuk kami berharap dapat melakukan perubahan pada perlawanan terakhir untuk memenangi kejuaraan liga. Sekarang kami memperolehi peluang ini dan kami akan memanfaatkannya,” kata Kovac.

“Saya berasa sangat lega. Di sana dan sekarang apa yang penting bagi saya. Saya mahu kami menjadi juara. Kami terpaksa berkerja keras, berdepan saat getir dan sekarang kami berada pada tahap di mana boleh menentukan peluang kami.

Bayern mempunyai peluang untuk memenangi kejuaraan minggu lalu namun dinafikan selepas terikat dengan RB Leipzig.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mei 2019 @ 9:32 PM