Max Verstappen bersama jenteranya. FOTO File AFP.
Max Verstappen bersama jenteranya. FOTO File AFP.
AFP

GRAND Prix Belanda kembali musim depan di Zandvoort selepas menyepi selama 35 tahun - perkara itu diumumkan oleh penganjur Formula Satu (F1) hari ini.

Perjanjian peringkat perlumbaan di sirkit berhampiran kawasan resort pantai bersejarah dekat Amsterdam melalui persetujuan penganjurannya selama sekurang-kurang tiga tahun.

“Saya sangat berbesar hati melihat Zandvoort akan menjadi sebahagian daripada cadangan kalendar .. dan berterima kasih atas kerja keras untuk Formula 1 mengembalikan sukan itu semula ke Belanda,” kata Presiden Persekutuan Automobile Antarabangsa (FIA), Jean Todt.

Pemandu pasukan Red Bull dari Belanda Max Verstappen, lahir 12 tahun selepas Niki Lauda menuju garisan penamat buat McLaren pada 1985, Verstappen dijangka antara pelumba harapan menjadi taruhan di gelanggang sendiri.

“Ia sangat ikonik, trek bersejarah,” kata Verstappen dalam kenyataan pasukannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Chase Carey berkata, kembalinya perlumbaan di Belanda adalah sebahagian daripada dua polisi mereka iaitu “menghormati susur galur sejarah sukan berkenaan di Eropah” disamping melihat beberapa venue baru.

“Dalam pada itu musim depan, kami akan mempunyai penjenamaan baru perlumbaan jalanan yang dijadualkan berlangsung di ibu kota Hanoi di Vietnam, begitu juga penyertaan semula Zandvoort, selepas menyepi 35 tahun,” kata Casey.

“Sejak beberapa tahun, kami mendapati kecenderungan peminat terhadap Formula 1 di Belanda makin meningkat, terutama dengan sokongan padu kepada pelumba berbakat Max Verstappen, ketika melihat lautan berwarna jingga di kebanyakan siri perlumbaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2019 @ 8:34 PM