PENGURUS Brighton Chris Hughton dipecat awal pagi tadi. FOTO EPA
PENGURUS Brighton Chris Hughton dipecat awal pagi tadi. FOTO EPA
AFP

BRIGHTON memecat pengurusnya Chris Hughton awal pagi tadi dalam apa yang disifatkan pengerusinya Tony Bloom sebagai ‘satu daripada keputusan paling sukar’ perlu dilakukannya.

Hughton meninggalkan pasukan itu biarpun membawa Brighton ke separuh akhir Piala FA dan berjaya mengekalkan status mereka di Liga Perdana Inggeris buat musim kedua berturut-turut.

Keputusan itu mungkin mengejutkan Hughton, 60, yang berkata mengenai keinginannya supaya pemain bangkit daripada kekalahan 1-4 kepada Manchester City Ahad lalu dan perlawanan mengecewakan yang lain sepanjang kempen musim ini.

Bagaimanapun kemerosotan mereka di liga itu pada bahagian akhir musim ini, yang menyaksikan Brighton bergelut dalam kelompok penyingkiran memaksa campur tangan Bloom.

“Tidak dinafikan ini adalah antara keputusan paling sukar saya lakukan sebagai pengerusi Brighton & Hove Albion, tetapi ia perlu saya lakukan melihat kepada bagaimana kami bergelut pada separuh kedua musim ini,” kata Bloom dalam satu kenyataan.

“Tiga kemenangan daripada 23 perlawanan Liga Perdana meletakkan kami dalam keadaan berisiko.

“Memikirkan perkara itu dan dengan prestasi pada tempoh itu, saya fikir ia adalah masa terbaik untuk melakukan perubahan.”

Jurulatih Swansea Graham Potter dikatakan menjadi pilihan untuk menggalas tugas di Brighton.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2019 @ 9:59 AM