Lima calon penjaga gol pengganti De Gea di United. FOTO The Sun
Lima calon penjaga gol pengganti De Gea di United. FOTO The Sun
Agensi

MANCHESTER United berkemungkinan besar terpaksa menggantikan David De Gea musim depan selepas mempamer prestasi kurang menyakinkan dan enggan menandatangani kontrak baru.

Penjaga Sepanyol itu melakukan tiga kesilapan pada empat perlawanan terakhirnya dan dia kini sudah beraksi dalam 123 perlawanan.

De Gea, 28, di pilih sebagai Pemain Terbaik United sebanyak empat kali dalam tempoh lima tahun kini berdepan risiko kehilangan jersi No 1.

Dia yang memiliki rekod bersih 18 sepanjang musim lalu tetapi hanya mampu melakukan tujuh tahun ini.

Ole Gunnar Solskjaer menegaskan dia masih mempunyai keyakinan terhadap De Gea tetapi kelab itu sudah dikaitkan dengan beberapa pengganti.

Lima penjaga gol terbabit, tiga daripadanya beraksi dalam La Liga manakala dua lagi dalam Serie A dan Liga Perdana Inggeris (EPL).

> Jan Oblak (Atletico Madrid) dianggap sebagai pengganti jangka panjang kepada De Gea di Old Trafford dan cemerlang beraksi dalam sepanjang musim bersama kelab kendalian Diego Simeone.

> Thibaut Courtois, 26, bergelut menepati jangkaan sejak berpindah daripada Chelsea ke Real Madrid musim lalu.

> Jasper Cillessen yang juga penjaga gol kedua Barcelona kini berada dalam radar United selepas menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Nou Camp.

> Jack Butland juga berada dalam perhatian United tetapi Stoke City meminta bayaran sebanyak £30j (RM161 juta) untuk mendapatkannya.

> Gianluigi Donnarumma, 20, memiliki 12 kap antarabangsa bersama Itali dan kini beraksi bersama AC Milan berada dalam senarai.

Jika mahukan khidmat Donnarumma, United perlu sanggup mengeluarkan belanja sebanyak £65j (RM349j) untuk menandatanganinya pada penghujung musim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 8:20 PM