AARON (kanan) dan Wooi Yik terkandas di tangan beregu Korea Selatan. — FOTO Syarafiq Abd Samad
AARON (kanan) dan Wooi Yik terkandas di tangan beregu Korea Selatan. — FOTO Syarafiq Abd Samad
Saiful Affendy Sapran


HASRAT untuk menyaksikan wakil tunggal negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik beraksi pada separuh akhir Kejohanan Badminton Asia lebur selepas naib juara Seluruh England itu terkandas pada suku akhir hari ini.

Beregu lelaki negara itu tewas di tangan lawan dari Korea Selatan, Min Hyuk Kang-Kim Won Ho 15-21, 21-16, 18-21 pada perlawanan di Wuhan, China.

Aaron-Wooi Yik sepatutnya tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan ke atas lawan yang hanya menghuni ranking ke-41 dunia itu.

Hyuk Kang-Won Ho akan bertemu pilihan kelima dari Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe pada separuh akhir esok.

Aaron-Wooi Yik, yang layak ke suku akhir selepas beregu Indonesia menarik diri susulan kecederaan, akan terus berlepas ke New Zealand bagi aksi kejohanan seterusnya yang menjadi kejohanan pertama menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 10:25 PM