NADAL berpelukan dengan Ferrer (kanan) selepas tamat perlawanan. - FOTO Agensi
NADAL berpelukan dengan Ferrer (kanan) selepas tamat perlawanan. - FOTO Agensi
AFP

RAFAEL Nadal tidak mempedulikan emosi David Ferrer ketika menewaskan pemain veteran itu pada aksi suku akhirTerbuka Barcelona awal pagi tadi dan menyifatkan lawannya pemain yang menarik untuk disaksikan.

Ferrer dijangka menggantung raket selepas Terbuka Madrid bulan depan tetapi gagal mencari kemenangan bermakna dalam penampilan terakhirnya di Barcelona.

Bagaimanapun Nadal tidak menghiraukan hajat terakhir rakan senegaranya itu apabila menang mudah 6-3, 6-3 untuk memburu rekod gelaran ke-12 Barcelona.

Empat daripada kejayaannya sebelum ini menewaskan Ferrer di final dan sejurus tamat perlawanan, Ferrer yang berusia 37 tahun menerima tepukan bergemuruh penonton.

"David bukan bersara kerana prestasinya tetapi tahun ini sukar baginya selepas kerap mengalami kecederaan,” kata Nadal.

"Tahapnya masih tinggi tahun ini. Dia berusaha keras dan membuat kami gembira menyaksikannya beraksi. Kami berterima kasih kepadanya.”

Ferrer menduduki ranking terbaik kariernya pada 2013 di tangga ketiga, tahun sama dia hampir menjuarai Grand Slam Terbuka Perancis namun dihampakan Nadal.

Nadal akan menentang pemain Jerman, Jan-Lennard Struff yang mengejutkan pilihan kelima Stefanos Tsitsipas. Pilihan keempat Kei Nishikori turut mara selepas menewaskan Felix Auger-Aliassime dengan straight set.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 11:06 AM