FILE PHOTO: Soccer Football - Champions League Quarter Final Second Leg - FC Barcelona v Manchester United - Camp Nou, Barcelona, Spain - April 16, 2019  Manchester United manager Ole Gunnar Solskjaer before the match   REUTERS/Sergio Perez/File Photo
FILE PHOTO: Soccer Football - Champions League Quarter Final Second Leg - FC Barcelona v Manchester United - Camp Nou, Barcelona, Spain - April 16, 2019 Manchester United manager Ole Gunnar Solskjaer before the match REUTERS/Sergio Perez/File Photo
AFP

OLE Gunnar Solskjaer mempunyai baki lima perlawanan pada Liga Perdana Inggeris musim ini untuk membuktikan bahawa kepemimpinan kelab tidak terburu-buru menjadikannya pengganti Jose Mourinho bulan lalu.

Selepas bermula cemerlang sebagai pengendali sementara kelab itu, di mana beliau memenangi lapan perlawanan dan tewas hanya sekali sepanjang 17 perlawanan, United kini berdepan kemerosotan prestasi.

Lima kekalahan dialami dalam tujuh perlawanan terakhir United, yang menyaksikan mereka tersingkir daripada Piala FA dan Liga Juara-Juara malah kedudukan mereka dalam kelompok empat teratas juga diragui.

Sejak bekas penyerang kelab, Solskjaer dilantik sebagai pengendali tetap akhir bulan lalu, Red Devils hanya menang dua daripada lima perlawanan, kemenangan kurang meyakinkan 2-1 di laman sendiri ke atas Watford dan West Ham, dan kini berdepan minggu penting dalam kempen musim ini.

“Ketika kami datang pada 19 Disember dan di mana kami berada sekarang, saya fikir sesiapa pun menyangka kami mempunyai lima perlawanan untuk membuktikan kemampuan,” kata Solskjaer.

Kempen United musim ini berakhir dengan kunjungan ke Huddersfield yang sudah pun tersingkir dan melayan kunjungan Cardiff, di mana ia tidak memberi sebarang kesan kepada kedua-dua pasukan sebaik menjelang Mei.

Namun perlawanan malam esok menyaksikan United berkunjung ke Everton, yang menewaskan Chelsea dan Arsenal dalam dua perlawanan terakhir mereka pada awal minggu sebelum menanti juara bertahan City dalam pertembungan tetangga Manchester dan menanti kunjungan Chelsea ke Old Trafford pada hujung minggu.

Ketiga-tiga perlawanan itu bakal menentukan sama ada United akan merebut dua baki tiket ke Liga Juara-Juara apabila terpaksa bersaing dengan Chelsea, Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2019 @ 8:23 AM