ZULFAHMI pernah lakar sejarah di Litar Antarabangsa Sepang. — FOTO NSTP
ZULFAHMI pernah lakar sejarah di Litar Antarabangsa Sepang. — FOTO NSTP
Saiful Affendy Sapran


LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) meraikan ulang tahun ke-20 penganjuran Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) di litar berprestij itu hari ini.

Sejak 1991, perlumbaan berprestij itu dianjurkan di Litar Batu Tiga, Shah Alam dan Litar Pasir Gudang sebelum kali pertama dianjurkan di SIC pada 1999.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali, ucapan penghargaan perlu diberikan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi pencetus kepada usaha membawa perlumbaan MotoGP serta Formula Satu ke Malaysia.

“Tanpa litar ini dan MotoGP, kita tidak akan menikmati kejayaan dalam arena perlumbaan motosikal dan sukan permotoran pada masa sekarang,” katanya.

KHAIRUL Idham Pawi menang dua perlumbaan Moto3 pada 2016. — FOTO AFP
KHAIRUL Idham Pawi menang dua perlumbaan Moto3 pada 2016. — FOTO AFP

Razlan yang juga Prinsipal PETRONAS Yamaha Sepang Racing berkata, kejayaan Malaysia mempunyai pasukan sendiri bertitik tolak daripada usaha membawa perlumbaan berprestij itu ke negara ini.

“Saya amat bangga dapat menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Secara jujur saya jangkakan kejayaan lebih baik akan dicapai pada masa depan.

“Kita dapat menyaksikan kejayaan bersejarah dilakar oleh Khairul Idham Pawi yang memenangi Grand Prix Argentina dan Jerman dalam saingan Moto3.

“Zulfahmi Khairuddin pula berakhir di tangga kedua di Sepang pada 2012. Begitu juga Hafizh Syahrin Abdullah yang menaiki podium ketika beraksi di Moto2 dan kini muncul pelumba pertama negara beraksi dalam kelas perdana, MotoGP.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2019 @ 7:37 PM