Kian Meng dan Pei Jing mara ke separuh akhir Terbuka Singapura. FOTO NSTP.
Kian Meng dan Pei Jing mara ke separuh akhir Terbuka Singapura. FOTO NSTP.
Saiful Affendy Sapran


BEREGU campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing nyata berada pada prestasi terbaik apabila sekali lagi berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Singapura.

Gandingan negara itu bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan lawan Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Pia Zebadiah Bernadet 22-20 14-21 21-18.

Pada aksi separuh akhir esok, Kian Meng-Pei Jing yang turut mara sehingga ke separuh akhir Terbuka Malaysia minggu lalu, akan bertemu satu lagi gandingan dari Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja.

Mereka mara selepas menewaskan pasangan negara yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 18-21 21-12 21-16.

"Harap kali ini kami dapat menewaskan mereka dan dapat meningkatkan corak permainan kami," kata Kian Meng merujuk kepada kekalahan kepada Hafiz-Gloria sebanyak dua kali sebelum ini.

Beregu profesional lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong pula tewas kepada Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-18, 16-21, 17-21.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2019 @ 10:21 PM