Van Dijk (kiri) menyelamatkan percubaan pemain Spurs, Sissoko. FOTO REUTERS
Van Dijk (kiri) menyelamatkan percubaan pemain Spurs, Sissoko. FOTO REUTERS
Agensi

VIRGIL van Dijk menerima pujian penyokong berikutan aksi cemerlang dipamer ketika Liverpool menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain pertahanan Belanda itu dipuji berikutan usahanya menggagalkan serangan balas berbahaya Spurs pada separuh masa kedua ketika Reds mencari jaringan untuk memastikan kemenangan.

Van Dijk atau dikenali Vig bertindak bijak menghalang situasi serangan dua lawan satu membabitkan Moussa Sissoko serta Son Heung-Min yang cuba menembusi benteng Liverpool.

Pemain pertahanan Liverpool itu cepat menghidu untuk menghalang laluan umpanan pemain Perancis itu kepada Son.

Antara kiriman pujian peminat di Twitter. FOTO Twitter
Antara kiriman pujian peminat di Twitter. FOTO Twitter

Sissoko yang tidak melakukan hantaran terpaksa melakukan sepakan dengan kaki kiri yang sekadar melepasi palang gol.

Penyokong Reds menulis di Twitter menganggap van Dijk yang berharga £75 juta (RM401j) itu sebagai ‘Pemain Pertahanan Terbaik di Dunia’.

Seorang peminat menulis: “Genius. Tiada perkataan lain.”

Seorang penyokong Manchester United menyatakan penghargaan terhadap van Dijk dengan kiriman tweet: “Biarpun saya penyokong United namun itulah kecemerlangan dipamer oleh van Dijk... sebagai pemain pertahanan, dia perlu berfikir dengan cepat dan pantas.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2019 @ 7:54 PM