Nuno (kiri) dan Lampard (kanan) pilihan utama ganti Sarri. FOTO AFP/REUTERS
Nuno (kiri) dan Lampard (kanan) pilihan utama ganti Sarri. FOTO AFP/REUTERS
The Sun

CHELSEA sedang menilai bos Wolves, Nuno Espirito Santo atau bekas pemain handalan mereka, Frank Lampard untuk menggantikan Maurizio Sarri.

Hierarki The Blues sebelum ini mahukan Zinedine Zidane tetapi pengendali dari Perancis itu kembali menyertai kelab gergasi Sepanyol itu semula.

Pemilik pasukan itu, Roman Abramovich masih belum berhasrat memecat Sarri atau popular dengan gelaran Mister 33 sebelum penghujung musim ini.

Bagaimanapun terdapat perasaan kurang senang di kelab itu mendakwa jurulatih dari Itali itu tidak sesuai bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Peminat yang memberontak terhadap Sarri selepas kecundang pada Piala FA bulan lalu kepada Manchester United kini bersedia untuk memboikot perlawanan di tempat sendiri.

Sarri hanya akan dibenarkan meninggalkan kelab itu sebelum penghujung musim sekiranya Chelsea tersingkir keluar daripada Liga Europa dan gagal menempatkan diri dalam empat kelompok pasukan terbaik EPL musim ini.

Zidane yang kembali menyertai Real Madrid secara mengejut dan jurulatih Juventus, Max Allegri yang menolak tawaran Chelsea menyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif.

Nuno, 45, yang mendapat sokongan padu dalam kalangan lembaga Blues, mengemudi Wolves ke tangga ke-7 musim pertama kembali ke liga utama dan mengesahkan aksi separuh akhir Piala FA.

Lampard, 40, sudah tentu pilihan utama penyokong selepas dia disenaraikan bersama seorang lagi bintang Bridge, Jody Morris.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2019 @ 4:58 PM