KLOPP (kanan) meraikan kejayaan Liverpool membenam Bayern Munich di Munich, awal pagi kelmarin. — FOTO EPA
KLOPP (kanan) meraikan kejayaan Liverpool membenam Bayern Munich di Munich, awal pagi kelmarin. — FOTO EPA
AFP

JUERGEN Klopp menegaskan Liverpool tidak akan memandang remeh FC Porto selepas diundi bertemu pada suku akhir Liga Juara-Juara dengan pasukan dari Portugal itu pada majlis undian di Nyon, Switzerland hari ini.

Anak buah Klopp akan tampil pada perlawanan menentang Porto sebagai pilihan utama untuk layak ke separuh akhir menentang sama ada Barcelona atau Manchester United.

Liverpool membenam Porto 5-0 secara agregat pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara musim lalu, menjaringkan lima gol di gelanggang lawan sebelum seri tanpa jaringan pada aksi timbal balik di Anfield.

“Apa yang boleh saya katakan? Ia Porto dan kami sudah bermain di sana dan kami sedar betapa kami perlu berada pada tahap terbaik tahun lalu,” kata Klopp dalam laman web Liverpool.

“Keputusan itu akhirnya agak pelik; ia amat bagus buat kami, sudah tentu, tapi ia agak pelik. Pada aksi kedua, kami melihat karakter Porto dan kualiti yang dimiliki mereka.”

Ketika United bertemu Barca dan Tottenham menentang Manchester City pada satu lagi aksi suku akhir, Liverpool meraih apa yang dilihat undian paling mudah dalam kalangan empat pasukan Liga Perdana Inggeris.

Namun bos Reds, Klopp berazam memastikan pasukannya menghormati Porto apabila mereka tiba di Merseyside bagi aksi pertama bulan depan.

“Saya tidak boleh memikirkan ia undian terbaik kerana memang tidak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 12:02 AM