VINICIUS menahan kesakitan selepas mengalami kecederaan ketika menentang Ajax. - FOTO Reuters
VINICIUS menahan kesakitan selepas mengalami kecederaan ketika menentang Ajax. - FOTO Reuters
AFP

REAL Madrid mengesahkan Vinicius Junior mengalami kecederaan buku lali kanan dan dijangka tidak dapat beraksi selama dua bulan.

Vinicius menangis ketika meninggalkan padang pada babak pertama ketika Real tewas 4-1 kepada Ajax dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi hari ini.

Jurucakap Real Madrid berkata: "Pemeriksaan perubatan mendapati Vinicius mengalami koyakan ligamen di bahagian buku lali kanan.”

Kelab tidak menyatakan jangka masa untuk pulih tetapi laporan akhbar Sepanyol menyatakan Vinicius yang mempamerkan aksi menarik pada musim pertamanya bersama Real mungkin tersisih dua bulan.

Vinicius turut tidak dapat beraksi untuk Brazil menentang Panama dan Republik Czech bulan ini selepas terpilih kali pertama menyarung jersi pasukan itu.

Pemain muda berusia 18 tahun itu terpaksa melupakan baki aksi La Liga dengan Real ketinggalan 12 mata di belakang Barca dengan baki 12 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 11:44 PM