Salah (kiri) gagal tembusi Bayern menyebabkan skuad Klopp mendapat rating rendah. FOTO EPA/BILD
Salah (kiri) gagal tembusi Bayern menyebabkan skuad Klopp mendapat rating rendah. FOTO EPA/BILD
Liverpool Echo/EJ

KEPUTUSAN hambar di tempat sendiri menentang Bayern Munich pada Liga Juara-Juara (UCL) menyebabkan pemain Liverpool mendapat ‘rating’ rendah.

The Reds dan Bayern terikat 0-0 pada perlawanan pertama saingan kalah mati 16 pasukan terakhir UCL di Anfield.

Liverpool meraih dua peluang terbaik menerusi Sadio Mane dan Joel Matip tetapi gagal menewaskan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer.

Akhbar Jerman, Bild memberi rating berdasarkan persembahan 90 minit perlawanan itu tetapi tidak memberi pujian terhadap barisan pemain skuad kendalian Jurgen Klopp.

Sistem rating alternatif iaitu 1 paling baik manakala 6 berkemungkinan paling rendah, diberikan kepada pemain kurang menyerlah.

Dua pemain paling hampir kepada rating 6 adalah Andy Robertson (Liverpool) dan pemain Bayern, James Rodriguez, yang diberikan 5.

Pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah juga tidak diberikan rating tinggi serta Georginio Wijnaldum dengan mereka berdua hanya diberikan 4.

Secara purata pemain skuad Klopp hanya mendapat rating 3 yang menjadi simbol permainan sederhana.

Robert Lewandowski dan Kingsley Coman diberi rating 4.

Hanya Mats Hummels dan Javi Martinez mendapat rating 1 dalam keseluruhan 22 pemain beraksi pada perlawanan itu.

Biarpun seri, Klopp yakin skuadnya akan mara apabila bertemu sekali lagi pada aksi kedua dalam tempoh tiga minggu lagi di Munich.

"Saya yakin Bayern ketika ini berasa lebih pahit berbanding kami," kata Klopp.

"Walaupun ada tiga minggu lagi, keputusan itu dirasakan lebih baik buat kami. Bayern lebih terjejas kerana 0-0 keputusan terbaik kami setakat ini”.

"Selepas ini lebih sukar beraksi di Bayern jika mahu mendapatkan keputusan. Jika kami menang 1-0 di Anfield ia pasti sudah berubah.

“0-0 tak sempurna tetapi cukup baik."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Februari 2019 @ 8:09 PM