HAMILTON (depan) ketika sesi ujian pramusim di Litar de Barcelona-Catalunya, awal pagi tadi. — FOTO Reuters
HAMILTON (depan) ketika sesi ujian pramusim di Litar de Barcelona-Catalunya, awal pagi tadi. — FOTO Reuters
AFP

LEWIS Hamilton menyatakan dia berasa “lebih baik berbanding sebelumnya” menjelang musim 2019 yang dijangka “paling mencabar” sejak dia menyertai Mercedes dengan Ferrari tampak semakin pantas.

Pemandu Britain berusia 34 tahun itu mengharungi perlumbaan yang hebat untuk memastikan gelaran kelima pada 2018.

Hamilton menang 11 daripada 21 perlumbaan untuk menewaskan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel berbaki dua perlumbaan dan dia menjangkakan pasukan Itali itu sekali lagi menjadi seteru utama.

“Ferrari terlalu kuat,” kata Hamilton di Litar Catalunya, Barcelona pada hari ketiga ujian pramusim semalam dengan Daniil Kvyat dari Toro Rosso mengungguli ujian di depan pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen.

“Mereka kelihatan ada pakej lebih baik berbanding tahun lalu, bermakna satu cabaran besar buat kami.

“Sejak beberapa tahun lalu, Ferrari tampak bagus sejak mula, jadi ia memang dijangkakan.

Namun dia menyatakan satu kesilapan untuk membuat kesimpulan awal daripada bukti dipamerkan ketika ujian pramusim.

“Kami mungkin akan mempunyai idea lebih bagus minggu ini di mana kedudukan kami tapi anda belum tahu keadaan sebenar kerana bukan semua pasukan sedia menunjukkan jentera mereka.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Februari 2019 @ 1:17 PM