Perasaan kecewa pemain Ajax, Nicolas Tafliafico apabila jaringannya dibatalkan.
Perasaan kecewa pemain Ajax, Nicolas Tafliafico apabila jaringannya dibatalkan.
Pengadil dari Slovenia Damir Skomina selepas membatalkan gol Ajax Nicolas Tafliafico selepas meneliti rakaman VAR. FOTO agensi.
Pengadil dari Slovenia Damir Skomina selepas membatalkan gol Ajax Nicolas Tafliafico selepas meneliti rakaman VAR. FOTO agensi.
Reuters

PEMAIN Real Madrid, Marco Asensio menjaringkan gol lewat untuk mencatat kemenangan, 2-1 ke atas Ajax dalam Liga Juara-Juara di Amsterdam yang turut dinafikan gol Ajax tidak diterima menerusi Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Asensio yang menerima hantaran cantik dari Dani Carvajal menjaringkan gol pada minit ke-87 untuk memastikan kelebihan gergasi Sepanyol itu.

Karim Benzema meletakkan Real di depan pada separuh masa kedua, sebelum Hakim Ziyech menyamakan kedudukan selepas mempamerkan persembahan bertenaga dan menguasai hampir setiap babak permainan.

Ajax terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi tandukan Nicolas Tagliafico pada separuh masa pertama permainan. Namun jaringan itu dibatal pengadil apabila Dusan Tadic berada pada kedudukan ofside menerusi rakaman VAR yang pertama kali digunakan dalam Liga Juara-Juara kali ini.

Pengadil dari Slovenia Damir Skomina selepas membatalkan gol Ajax Nicolas Tafliafico selepas meneliti rakaman VAR. FOTO agensi.
Pengadil dari Slovenia Damir Skomina selepas membatalkan gol Ajax Nicolas Tafliafico selepas meneliti rakaman VAR. FOTO agensi.

Penjaga gol Real Thibaut Courtois, yang sudah tertewas dengan jaringan itu bersetuju dengan keputusan pengadil yang tidak mengambil kira gol itu selepas kedudukan pemain lawan yang didapati ofside menerusi VAR.

“Ia keputusan tepat? Pada pendapat saya.” katanya kepada pemberita.

“Apabila ia berlaku saya sudah jangkakan kedudukan pemain lawan adalah ofside. Ketika pemain itu menanduk saya mahu menerkam dan menangkap bola itu.

“Disebabkan dia (Tadic) bertindak jadi saya melakukan tindakan pantas. Nasib baik ada VAR kerana tidak siapa yang nampak ia berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Februari 2019 @ 10:54 AM