NADAL (kiri) sekadar muncul naib juara Terbuka Australia di Melbourne bulan lalu selepas tewas di tangan Djokovic. - FOTO Agensi
NADAL (kiri) sekadar muncul naib juara Terbuka Australia di Melbourne bulan lalu selepas tewas di tangan Djokovic. - FOTO Agensi
Agensi

TONI Nadal berjenaka apabila beliau menyatakan Novak Djokovic patut bersara untuk memberi lebih peluang kepada Rafael Nadal menambah gelaran Grand Slam.

Nadal sudah menang 17 kejuaraan utama, tiga kurang berbanding rekod sepanjang zaman milik Roger Federer.

Kejayaan Djokovic pada Terbuka Australia bulan lalu menyaksikannya mengumpul 15 kejuaraan utama.

Tidak hairan pertarungan siapa yang lebih banyak mengungguli acara Grand Slam dijangka sengit.

Djokovic dari Serbia membenam Nadal pada final Terbuka Australia dengan kemenangan 6-3, 6-2, 6-3.

Satu-satunya cara dia boleh disekat hanyalah jika dia menggantung raket, menurut Toni Nadal.

“Djokovic patut tinggal bersama keluarganya kerana anda ada tanggungjawab sebagai bapa dan anda patut menjaga anak-anak,” kata bapa saudara yang juga bekas jurulatih Rafael Nadal.

“Anda perlu memberi ruang kepada pemain yang lebih muda, seperti Rafa Nadal,” katanya sambil tersenyum.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Februari 2019 @ 1:35 PM