SYDNEY jadi tuan rumah kepada perlawanan akhir Tenis Berpasukan Piala Dunia ATP.
SYDNEY jadi tuan rumah kepada perlawanan akhir Tenis Berpasukan Piala Dunia ATP.
AFP

SYDNEY: Sydney akan menjadi tuan rumah kepada perlawanan akhir Tenis Berpasukan Piala Dunia ATP, umum penganjur hari ini, sementara Brisbane dan satu lagi bandar dipilih menganjurkan perlawanan pusingan awal dalam acara pembukaan kalendar tenis musim ini. 

Persatuan Tenis Profesional (ATP) yang menganjurkan perlawanan berpasukan lelaki itu, membuat keputusan di London bagi memilih untuk menganjurkan kejohanan berkenaan di Australia. 

Ia akan diadakan pada Januari tahun depan, selama 10 hari sebelum berlangsungnya Terbuka Australia – perlawanan pertama Grand Slam setiap tahun.

Sydney akan menganjurkan perlawanan akhir kejohanan yang akan menampilkan 24 pasukan di Arena Ken Rosewall, yang bakal mempunyai bumbung baru tahun ini, disamping beberapa perlawanan awal lain.

Saingan kumpulan akan berlangsung di Brispane serta bandar lain, dengan venue pilihan lebih fokus kepaa bandar Adelaide.

Perth juga dikatakan bakal dicalonkan sebagai venue perlawanan, tetapi kejayaan acara berpasukan campuran, Piala Hopman pada tahun ini, yang turut disertai Roger Federer dan Serena Williams, bakal menjadi penentu. 

“Piala ATP sangat sesuai dengan strategi kami untuk memberi inovasi serta jalan untuk menuju ke hadapan,” kata ketua ATP, Chris Kermode. 

“Kami tahu daripada perbincangan lanjut kami bersama pemain, bahawa Piala ATP akan memberi mereka cara yang bagus buat mereka memulakan musim. 

“Ia akan membawa pasukan terbaik dunia dalam satu kejohanan yang akan melengkapi jadual sedia ada, sambil menawarkan mata ranking ATP dan bakal dikaitkan dengan Terbuka Australia.” 

Acara itu akan kembali ke kalendar global buat kali pertama sejak diadakan di Dusseldorg pada tahun 1978 hinggalah 2012, dan akan menawarkan AS$15 juta (RM61.64 juta) wang tunai disamping mata ranking ATP.  

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 1:19 PM