CHELSEA gagal perkukuh kedudukan tempat keempat dengan kelebihan tiga mata didepan Arsenal. -Foto Reuters
CHELSEA gagal perkukuh kedudukan tempat keempat dengan kelebihan tiga mata didepan Arsenal. -Foto Reuters
AFP

LONDON: Chelsea mempersia-siakan peluang untuk mengukuhkan kedudukan di kelompok empat teratas Liga Perdana ketika persembahan hebat penjaga gol Southampton, Angus Gunn menghadiahkan pasukannya yang sedang bergelut keputusan seri 0-0, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Maurizio Sarri kekal di tangga keempat namun mereka kini hanya tiga mata di depan pasukan tangga kelima, Arsenal dalam perebutan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Ia malam mengecewakan buat Chelsea yang mendominasi posisi tetapi kurang ketajaman yang terus membimbangkan Sarri.

Skuad kendaliannya gagal menjaringkan gol buat kali ketiga dalam lima pertemuan terakhir Liga Perdana di Stamford Bridge, menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai keperluan Chelsea mendapatkan penyerang kelas dunia pada perpindahan Januari.

Dengan Olivier Giroud diketepikan selepas kecederaan pergelangan kaki ketika menang Ahad lalu di Crystal Palace, Sarri memanggil semula penyerang kurang menyerlah Alvaro Morata.

Morata bermain buruk musim ini menyebabkan Sarri terpaksa menggunakan pemain sayap Belgium, Eden Hazard di bahagian serangan tengah kebelakangan ini berbanding pemain Sepanyol itu yang hanya menjaringkan tujuh gol musim ini dan tiada satu pun dalam liga sejak 4 November.

Sekali lagi bekas penyerang Real Madrid itu tampak kurang sentuhan dan keyakinan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 January 2019 @ 7:47 AM