TEVES  mengakui aksi final Piala Libertadores di Madrid sebagai 'pelik'. FOTO/AGENSI
TEVES mengakui aksi final Piala Libertadores di Madrid sebagai 'pelik'. FOTO/AGENSI
AFP

MADRID: Penyerang Boca Juniors, Carlos Teves mengakui aksi final Piala Libertadores di Madrid sebagai 'pelik' namun menolak tanggapan ramai yang peluang lawan mereka nanti, River Plate untuk bergelar juara kini semakin terjejas.

Aksi timbal balik kedua beralih ke laman Real Madrid, Santiago Bernabeu selepas jadual asal di laman River, Stadium El Monumental ditunda bulan lalu susulan serangan ke atas bas pasukan Boca oleh penyokong mereka.

Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan, CONMEBOL menyatakan yang River seharusnya terlepas peluang beraksi di laman sendiri dengan perlawanan dialihkan sebagai langkah berhati-hati terhadap serangan penyokong.

"Ia satu final yang pelik," kata Teves selepas Boca berlatih di Las Rozas, pangkalan bagi latihan pasukan kebangsaan Sepanyol.

"Untuk bermain dalam satu perlawanan antara Boca dan River di Madrid, ia pelik . Namun sebagai seorang pemain, adalah penting untuk kekal fokus terhadap perlawanan."

Dua pasukan terbaik Argentina ini dijadual bersaing dalam kejohanan paling berprestij di Amerika Selatan di luar negara - di Sepanyol dan ia sudah tentunya mencetuskan kontroversi dengan kedua-dua kelab mempunyai pandangan tersendiri.

Boca percaya kekecohan dilakukan penyerang River itu bermakna mereka seharusnya dianugerahkan dengan trofi manakala River melakukan protes di atas kehilangan kelebihan di laman sendiri yang dinikmati lawan mereka pada aksi pertama yang berkesudahan 2-2.

"Kami mungkin lebih suka untuk bermain di laman sendiri," kata penjaga gol River, Franco Armani. "Di atas padang sendiri, di hadapan penyokong sendiri tetapi keputusan sudah pun dibuat. Kami perlu melakukan yang terbaik."

Kedua-dua penyokong pasukan dibenarkan untuk menerima 25,000 peruntukan tiket untuk perlawanan di Madrid meskipun penyokong lawan dilarang berada di laman Boca, Bombonera kerana mereka seharusnya berada di El Monumental.

Ditanya sekiranya peluang River kini sudah terjejas, Tevez berkata: "Saya tidak fikir begitu. River mempunyai tekanan yang lebih banyak sekiranya beraksi di laman sendiri dan kini ia menjadi 50-50. Untuk bermain di laman sendiri, kadangkala ia tidak memihak kepada kamu di final Libertadores ."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Disember 2018 @ 10:40 AM