SPALLETTI membantu penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane untuk bangun pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Wembley yang menyaksikan Spurs menang 1-0, awal pagi hari ini. FOTO Reuters.
SPALLETTI membantu penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane untuk bangun pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Wembley yang menyaksikan Spurs menang 1-0, awal pagi hari ini. FOTO Reuters.
Reuters

MILAN: Harapan Inter Milan mara ke pusingan 16 terakhir kini terletak di tangan Barcelona dan jurulatih, Luciano Spalletti yakin kelab Catalan itu tidak akan menghampakan mereka.

Kemenangan 1-0 Tottenham Hotspur ke atas Inter, awal pagi hari ini bermakna mereka akan mara dan mengetepikan kelab Serie A itu jika menang aksi terakhir di Barcelona dalam Kumpulan B.

Spalletti yang kelabnya menerima kunjungan PSV Eindhoven dalam satu lagi perlawanan pada 11 Disember ini yakin Barcelona pasti mengambil serius perlawanan itu walaupun mereka sudah layak.

“Mereka benar-benar profesional,” katanya. “Saya tidak ragui pendekatan mereka terhadap perlawanan itu.”

“Saya tak fikir pemain seperti Gerard Pique, Lionel Messi dan Luis Suarez akan beraksi sambil lewa dan tidak kisah kalah di tempat sendiri.”

Spalletti berkata, keputusannya menggantikan pemain tengah Radja Nainggolan sejurus sebelum tamat separuh masa pertama kerana pemain itu mengalami masalah buku lali.

“Semuanya OK dengan Radja dan tiada isu di antara kami ketika itu. Dia terasa sakit di buku lali dan menjejaskan pergerakannya,” kata Spalletti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 6:26 PM