AKSI EPL antara Burnley dan Newcastle awal pagi tadi tertangguh 30 minit, selepas penilai pengadil pengsan di terowong Turf Moor. FOTO/AGENSI
AKSI EPL antara Burnley dan Newcastle awal pagi tadi tertangguh 30 minit, selepas penilai pengadil pengsan di terowong Turf Moor. FOTO/AGENSI
AFP

BURNLEY (United Kingdom): Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Burnley dan Newcastle awal pagi tadi tertangguh 30 minit, selepas penilai pengadil pengsan di terowong Turf Moor.

Eddie Wolstenholme dikejarkan ke hospital walaupun dilihat masih dalam keadaan sedar, tetapi pengadil, Anthony Taylor dan Liga Perdana membuat keputusan menangguhkan sepak mula daripada jadual asal 8 malam kepada 8.30 malam.

Laporan daripada penilai ini penting bagi menentukan kedudukan tugas pengadil untuk perlawanan, selain menyediakan pegawai perlawanan dengan maklum balas mengenai prestasi mereka.

Wolstenholme pernah memegang tugas selaku pengadil dalam saingan Liga Perdana sebelum ini, namun bersara pada 2003.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 November 2018 @ 10:54 AM