LEWIS HAMILTON
LEWIS HAMILTON
AFP

MEXICO CITY: Lewis Hamilton tetap berdebar untuk perlumbaan di Mexico hujung minggu ini sebelum boleh melengkapkan formaliti gelaran dunia kelimanya di kejuaraan Formula Satu (F1).

Hanya seminggu selepas tewas di Texas - perlumbaan yang menyaksikan Ferrari mengatasi mereka di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, Hamilton dan Mercedes harus membalut luka mereka bagi menghadapi cabaran lebih besar selepas ini.

“Kami mempunyai satu pertarungan dalam tangan,” kata prinsipal pasukan Mercedes, Toto Wolff. “Namun ia menyediakan kami satu peluang untuk belajar dan kembali dengan lebih bertenaga.”

Pandangan itu turut dikongsi pelumba Britain berusia 33 tahun Hamilton dan kesemua pasukan Mercedes, dengan mereka mahu kembali bangkit untuk mengekalkan gelaran baik dalam kejuaraan pemandu dan juga pengeluar.

“Kami harus terus berusaha untuk memenangi kedua-dua gelaran (pasukan dan pemandu),” kata Wolff. “GP Amerika Syarikat mengesahkan apa yang kami katakan sebelum perlumbaan - pertarungan kejuaraan tahun ini masih jauh.”

Memandangkan Hamilton sudah memenangi enam daripada lapan perlumbaan dan mendahului carta dengan kelebihan 70 mata daripada seteru utama Sebastian Vettel dari Ferrari tatkala saingan berbaki 3 pusingan, keputusan itu mungkin sukar digugat. Mercedes mendahului Ferrari degnan 66 mata dalam perebutan gelaran kejuaraan pengeluar.

Di atas kertas, Hamilton hanya memerlukan lima mata untuk menyamai legenda juara lima kali dunia Juan Manuel Fangio dalam buku rekod kejuaraan tatkala Michael Schumacher satu-satunya pemandu yang meraih enam gelaran dunia.

Untuk Mercedes menjamin gelaran pengeluar untuk kali kelima berturut-turut, mereka harus mengatasi Ferrari dengan 20 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Oktober 2018 @ 11:33 AM