PEMAIN Tottenham Hotspur, Christian Eriksen. FOTO Agensi
PEMAIN Tottenham Hotspur, Christian Eriksen. FOTO Agensi
AFP

LONDON: Christian Eriksen belum pasti diturunkan menjelang pertembungan antara Tottenham Hotspur dengan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara selepas dia sah diketepikan untuk aksi bertemu Huddersfield, Sabtu ini.

Eriksen bakal terlepas aksi di Stadium John Smith selepas mengalami kecederaan abdomen ketika Spurs menentang Brighton, minggu lalu.

Bagaimanapun, pengurus Spurs Maurico Pochettino berkata, perancang utamanya itu masih berpeluang untuk diturunkan apabila melayan kunjungan Barcelona dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara pada awal pagi Khamis.

Spurs terdesak untuk menewaskan Barcelona selepas tewas aksi pembukaan menentang Inter Milan.

"Selepas perlawanan menentang Brighton, dia mula mengalami sedikit kesakitan di bahagian abdomen. Saya fikir ia masalah kecil, saya berharap minggu depan dia boleh kembali beraksi.

"Untuk bertemu Barcelona? Saya harap dia boleh bermain," kata Pochettino.

Pochettino turut memantau perkembangan kapten, Hugo Lloris yang tidak beraksi sejak mengalami kecederaan paha ketika menentang Manchester United.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 September 2018 @ 12:09 AM