JIN Wei sandaran emas persorangan wanita di Markham, Ontario, Kanada, November depan. FOTO/FAIL
JIN Wei sandaran emas persorangan wanita di Markham, Ontario, Kanada, November depan. FOTO/FAIL
Helmi Talkah


PEMAIN perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei mengetuai senarai 11 pemain skuad negara yang dipilih bagi menggalas cabaran pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Markham, Ontario, Kanada, November depan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyenaraikan juara remaja Terbuka Malaysia, Pearly Tan-Toh Ee Wei; pemenang gangsa remaja Asia 2017, Ng Tze Yong selain Eoon Qi Xuan, Chia Wei Jie dan naib juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, Aidil Sholeh Ali Sadikin.

Ketua jurulatih remaja negara, Kwan Yoke Meng  berkata, pemain yang disenaraikan adalah pemain bawah 18 tahun terbaik dimiliki Malaysia ketika ini.

"Aidil sememangnya berhak untuk berada dalam pasukan, dia bermain dengan baik dan membuktikannya ketika sesi pemilihan apabila menang semua empat perlawanan dan hanya tewas satu perlawanan kepada perseorangan lelaki utama, Tze Yong.

"Saya harap pasukan kita mampu memenangi pingat pada kejohanan kali ini dan mengulangi pencapaian tahun lalu apabila mara ke final berpasukan campuran.

“Saya tidak mahu meletakkan tekanan kepada Jin Wei tetapi dia sudah mempunyai pengalaman luas di peringkat senior dan saya berharap dia mampu meraih emas untuk pasukan," kata Yoke Meng.

Kejohanan Badminton Remaja Dunia

Senarai pemain

Lelaki

Ng Tze Yong

Aidil Sholeh Ali Sadikin

Choong Hon Jian

Lwi Sheng Hao

Yap Roy King

Chia Wei Jie

Chua Yue Chern

Wanita

Goh Jin Wei

Pearly Tan

Toh Ee Wei

Eoon Qi Xuan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 September 2018 @ 5:58 PM