TIA’A FAANG DER
TIA’A FAANG DER
Jumiati Rosly dan Aida Adilah Mat

IPOH: Hari ketiga acara renang dipertandingkan menyaksikan dua rekod Sukan Malaysia (SUKMA) diperbaharui di Pusat Akuatik Tuanku Zara di sini hari ini.

Perenang Melaka, Foong Wei Tze memecahkan rekod temasya acara 50 meter (m) kuak dada lelaki dengan mencatat masa 28.86 saat (s) bagi memperbaiki rekod yang dicipta Yap Kah Choon Shaun dari Selangor (29.31s) di Sarawak 2016.

Pingat perak acara itu dimenangi perenang Selangor, Ng Jing Fu (29.64s) sementara perenang Wilayah Persekutuan, Adam Afif Faizal merangkul gangsa (30.17s).

“Saya gembira dapat mencipta rekod temasya pada penampilan terakhir saya di SUKMA.

“Sebelum pertandingan lagi, saya yakin mampu melakukan renangan yang baik,” kata Wei Tze yang berasal dari Ayer Keroh, Melaka.

Perenang berumur 20 tahun itu yang turut menyumbang emas kedua buat kontinjen Melaka berkata, dia yakin perenang negeri itu akan berjaya memecahkan dominasi perenang Selangor pada satu hari nanti memandangkan mereka mempunyai ramai perenang muda berbakat.

Satu lagi rekod temasya dicipta perenang Johor, Tia’A Faang Der yang cemerlang apabila memecahkan rekod temasya acara 200m kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan 2:2.30s untuk meleburkan rekodnya sendiri (2:02.93s) yang dilakukannya di Pulau Pinang 2000.

Pada Isnin lalu, Faang Der terlebih dahulu memecahkan rekod kebangsaan 400m rampaian individu lelaki.

Perenang Melaka, Low Zheng Yong merangkul perak (2:05.63s) sementara gangsa milik perenang Wilayah Persekutuan, Koh Teck Chen (2:06.06s).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 September 2018 @ 8:53 PM