Sanchez diketepi skuad kebangsaan kerana memberi laluan kepada United. FOTO Agensi
Sanchez diketepi skuad kebangsaan kerana memberi laluan kepada United. FOTO Agensi
AFP

SANTIAGO: Penyerang Manchester United Alexis Sanchez diketepikan daripada skuad Chile untuk aksi persahabatan di Jepun dan Korea Selatan September ini kerana 'kelab memerlukan khidmatnya,’ kata jurulatih Reinaldo Rueda.

United berdepan permulaan paling buruk dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini sejak edisi sulung 1992/93 apabila tewas dua kali berturut-turut aksi liga kepada Brighton dan Tottenham.

Chile akan berdepan dengan perlawanan persahabatan menentang gergasi Asia dan perlu menempuh perjalanan yang jauh.

Rueda berkata perjalanan itu pasti 'meletihkan' dan United pula 'memerlukan khidmatnya berdepan masa yang sukar ini' biarpun perlawanan Chile di Sapporo pada 7 September dan Korea Selatan empat hari kemudian.

Kekalahan United 0-3 di tempat sendiri kepada Spurs Isnin lalu memberi tekanan ke atas pengurus Jose Mourinho selepas mereka tewas 2-3 ke Brighton seminggu lalu.

Ia kekalahan paling teruk dalam karier Mourinho dalam kariernya sebagai jurulatih.

Sanchez, 29, pemegang rekod penjaring terbanyak buat negaranya (39 gol) dan pemain yang membuat penampilan terbanyak di peringkat antarabangsa (121 penampilan) dan turut dikenali sebagai ‘The Wonder Kid’ apabila pulang ke Chile.

“Tidak semestinya saya fikir yang terbaik untuk kelab, saya lebih berminat dengan pasukan saya,” kata pengendali dari Colombia Rueda.

“Tapi saya tahu sejauh mana Copa Libertadores boleh pergi dan kali ini saya lebih suka pemain Colo-Colo menumpukan perhatian pada aksi tu.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Ogos 2018 @ 11:54 AM