TEBAS ketika memberi komen. FOTO/AGENSI
TEBAS ketika memberi komen. FOTO/AGENSI
 AFP

 

MILAN: Inter Milan hari ini berkata mereka bersedia menyaman presiden liga bolasepak Sepanyol, Javier Tebas berhubung komennya terhadap usaha Inter Milan untuk menandatangani perancang tengah Real Madrid, Luka Modric.

“Inter Milan mengumumkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Javier Tebas berhubung kenyataan yang dibuatnya kepada media hari ini (semalam),” kata gergasi Itali itu dalam kenyataannya.

Dalam satu kritikan media Tebas membidas kelab seperti Inter, Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester City, dan mendakwa beliau ragu-ragu sama ada kelab Itali itu mempunyai kekuatan kewangan untuk membeli Modric.

“Anda perlu bertanya kepada kelab yang sebahagian sahamnya dimiliki kerajaan negeri tatkala mereka merosakkan harga pasaran ketika membeli pemain,” kata Tebas.

Presiden La Liga itu berkata beliau turut berminat untuk mengetahui cara juara bertahan Serie A, Juventus membayar 100 juta euro untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo daripada Real tempoh hari.

“Terdapat unsur penipuan dalam tawaran yang dikemukakan Inter untuk mendapatkan Modric. Sama juga seperti PSG ketika mendapatkan Neymar.”

Bagaimapun, Liga Itali berkata mereka ‘terkejut dan sukar’ untuk menerima komen Tebas yang dianggap tidak berasas itu.

Modric, 33, mencetuskan inspirasi dalam perjalanan Croatia ke final Piala Dunia, bulan lalu sebelum dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Dia pada awalnya dikaitkan dengan perpindahan ke Itali, namun memilih untuk melanjutkan tempoh enam tahunnya di Real selepas mendapat tawaran gaji yang lebih tinggi.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Ogos 2018 @ 9:06 AM