NUR Syazwani Sahar. Foto ARKIB NSTP
NUR Syazwani Sahar. Foto ARKIB NSTP
HM Digital

PEMAIN boling negara, Nur Syazwani Sahar melakar kejayaan penuh membanggakan apabila memenangi pingat emas dalam acara keseluruhan wanita di Kejohanan Remaja Dunia di Detroit, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Lebih membanggakan, kejayaan yang diperoleh Nur Syazwani itu penuh dramatik apabila dia hanya berada di kedudukan keenam menuju perlawanan terakhir dalam acara berpasukan.

Catatan 267 jatuhan pin yang dilakukan pada pusingan terakhir itu menyaksikannya mendaki enam anak tangga untuk mengucup gelaran dunia.

Ia juga adalah pingat emas pertama Malaysia di AS.

Pemain berusia 19 tahun itu melakukan catatan 1,294 (perseorangan) 1,309 (beregu) dan 1,334 (berpasukan) untuk keseluruhan 3,937 jatuhan pin dengan secara purata 218.72.

Pemain Colombia, Juliana Botero dan pemain Korea Selatan, Hong Sun-hwa masing-masing memenangi pingat perak selepas mengumpul jumlah jatuhan pin yang sama iaitu 3,903.

Malaysia turut layak ke separuh akhir acara berpasukan wanita sekali gus sudah pun mengesahkan pungutan pingat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Ogos 2018 @ 11:46 AM