PENYERANG Belgium, Dries Mertens mahu hadiahkan televisyen percuma untuk rakannya. FOTO AFP
PENYERANG Belgium, Dries Mertens mahu hadiahkan televisyen percuma untuk rakannya. FOTO AFP
Reuters

MOSCOW: Belgium meledak sembilan gol dalam tiga aksi kumpulan Piala Dunia, lebih daripada mana-mana pasukan lain dan penyerang Dries Mertens berkata, motivasi tingginya itu bukan sekadar berpunca daripada keinginan untuk memenangi trofi.

Mertens, yang muncul penjaring sulung The Reds di Russia ketika berdepan Panama, membuat jenaka betapa rakannya di tanah air berharap untuknya membantu pasukan mencapai sasaran 16 gol berikutan promosi oleh penjual sempena Piala Dunia.

Ditanya oleh pemberita mengenai jumlah gol yang memberangsangkan itu, penyerang Napoli itu menegaskan syarikat rangkaian barangan elektrik di Belgium menawarkan promosi pemulangan semula duit bagi sesiapa yang membeli televisyen untuk Piala Dunia.

Namun, dengan syarat jika Belgium mampu menghasilkan lebih daripada 15 gol.

“Rakan saya membeli televisyen. Jadi saya hanya berfikir mengenainya. Saya mahu menjaringkan sebanyak mungkin gol untuk menghadiahkan televisyen percuma kepada rakan saya itu,” katanya menjelang pertemuan 16 terakhir menentang Jepun, awal pagi Selasa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Jun 2018 @ 11:52 PM