Mahrez (kiri) hampir sertai skuad Guardiola musim depan. FOTO Reuters
Mahrez (kiri) hampir sertai skuad Guardiola musim depan. FOTO Reuters
Daily Mail

RIYAD Mahrez semakin hampir melengkapkan perpindahan bernilai £75j (RM397 juta) ke Manchester City selepas Pep Guardiola bertindak pantas dalam usahanya untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Pengurus dari Sepanyol itu tidak sabar-sabar mahu mempercepatkan perpindahan itu - selewat-lewatnya pada penghujung minggu ini.

Guardiola mengakui tidak suka terbabit dalam urusan jendela perpindahan saat akhir dan pendekatan itu mendapat sokongan pemilik City.

Pengarah bolasepak City, Txiki Begiristain turut mengakui mereka hampir mencapai persetujuan untuk mendapatkan pemain sayap Leicester City itu.

Bagaimanapun bayaran kepada kelab terbabit masih dalam rundingan.

Guardiola berharap dapat membawa pemain Algeria berusia 27 tahun itu ke Etihad pada Januari depan.

Mahrez sebelum ini berdepan masalah dengan pengurusan Foxes.

Mahrez yang tidak beraksi pada Piala Dunia 2018 di Russia bakal menikmati aksi penyesuaian diri pra-musim di bawah kendalian Guardiola.

City akan beraksi di Chicago, New York dan Miami, pada Julai ini.

Pemain tengah Napoli, Jorginho juga akan berada di Amerika Syarikat jika City berjaya mendapatkan tandatangan pemain terbabit dalam masa beberapa minggu lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mei 2018 @ 3:20 PM