Ricciardo meraikan kejayaan sulungnya selaku juara GP Monaco. FOTO Reuters/AFP
Ricciardo meraikan kejayaan sulungnya selaku juara GP Monaco. FOTO Reuters/AFP
AFP

MONACO: Daniel Ricciardo mengatasi masalah gangguan kuasa enjin dengan tenang sebelum menamatkan perlumbaan Formula Satu (F1) selaku juara Grand Prix (GP) Monaco, sebentar tadi.

Pemandu Red Bull dari Australia itu yang meraih petak pertama dalam kariernya, berjaya menjulang kejuaraan di kawasan Mediterranean yang dianggap seperti kampung halamannya sendiri.

Juara musim lalu, Sebastian Vettel, dari Ferrari di tangga kedua, sekaligus memadam kelebihan 14 mata keseluruhan milik Lewis Hamilton selepas enam perlumbaan daripada 21 pusingan setakat ini.

Pemandu Mercedes, Hamilton, yang juga juara dunia, berada di tangga ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mei 2018 @ 11:16 PM