PELUMBA PETRONAS Sprinta Racing, Adam Norrodin raih tempat kedua pada sesi latihan bebas GP Argentina, sebentar tadi. - Foto SIC Racing Team
PELUMBA PETRONAS Sprinta Racing, Adam Norrodin raih tempat kedua pada sesi latihan bebas GP Argentina, sebentar tadi. - Foto SIC Racing Team
Sukhairi Thani


PELUMBA PETRONAS Sprinta Racing, Adam Norrodin menamatkan sesi latihan bebas pertama Grand Prix (GP) Argentina di tangga kedua terpantas di Sirkit Termas de Río Hondo, sebentar tadi.

Adam, 19, yang beraksi dalam kelas Moto3 mencatat masa sepusingan 1 minit 52.537 saat di belakang pelumba Redox PruestelGP dari Itali, Marco Bezzecchi.

Bezzecchi yang menamatkan musim lalu di tangga ke-23 mencatat masa sepusingan terpantas 1'52.190s, manakala Adam tercicir 0.347s di belakang pelumba sebayanya itu.

Rakan sepasukan Adam, Ayumu Sasaki menamatkan sesi pertama berkenaan dengan berada di tangga ke-10, dengan catatan 1'53.252s.

Sesi latihan bebas kedua dijadual berlangsung pada jam 12.10 tengah malam ini.

GP Argentina pernah memahat memori buat Adam pada penampilan pertamanya 2016, di mana dia mempamerkan kesungguhan menolak motosikalnya sehingga garisan penamat selepas terjatuh di selekoh akhir perlumbaan ketika sedang bersaing merebut penamat di pentas podium.

Adam ketika itu menamatkan saingan di tangga ke-11 tatkala Khairul Idham Pawi mengharumkan nama negara apabila muncul selaku pemenang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 April 2018 @ 9:50 PM