GOMEZ (kanan) sedang menjalani rawatan. FOTO/AFP
GOMEZ (kanan) sedang menjalani rawatan. FOTO/AFP
Reuter

LONDON: Pertahanan Liverpool, Joe Gomez menarik diri daripada skuad kebangsaan England menjelang aksi persahabatan menentang Itali awal pagi Rabu ini kerana kecederaan buku lali dan kembali ke kelab Liga Perdana Inggeris itu untuk menjalani rawatan, umum Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris semalam.

Gomez, 20, digantikan dalam tempoh 10 minit pertama ketika England menang 1-0 ke atas Belanda awal pagi Sabtu lalu dan akan menjalani pemeriksaan lanjut di pusat latihan Liverpool, Melwood.

“Disahkan Joe Gomez kembali ke Liverpool bagi menjalani pemeriksaan lanjut mengenai kecederaan dialaminya ketika menentang Belanda,” menurut pasukan kebangsaan England dalam akaun rasmi Twitter mereka.

England membuka tirai kempen Piala Dunia di Russia menentang Tunisia pada 18 Jun depan dan turut bertemu Panama dan Belgium dalam Kumpulan G.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Mac 2018 @ 3:18 PM