MESSI (kiri) bersama Sergio Aguero pada sesi latihan skuad Argentina di Akademi Bolasepak City. - Foto AFP
MESSI (kiri) bersama Sergio Aguero pada sesi latihan skuad Argentina di Akademi Bolasepak City. - Foto AFP

LIONEL Messi menyertai rakan sepasukan Argentina semalam apabila mereka berlatih di Manchester City menjelang aksi pemanas badan Piala Dunia menentang Itali.

Pasukan Messi berpangkalan di akademi bola sepak pendahulu Liga Perdana Inggeris, City ketika mereka bersiap sedia bagi aksi persahabatan di Eastlands awal pagi Sabtu ini.

Penyerang Barcelona itu tiba untuk berlatih dengan skuad semalam dan terbabit dalam sesi latihan terbuka kepada media pada sebelah petang.

Turut hadir namun tidak berlatih adalah penyerang City, Sergio Aguero, yang diketepikan kerana kecederaan lutut baru-baru ini.

Seorang lagi pemain City, Nicolas Otamendi, berlatih dengan pemain lain seperti Gonzalo Higuain, Angel Di Maria, Javier Mascherano dan Marcos Rojo. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Mac 2018 @ 6:50 AM