CRISTIANO RONALDO
CRISTIANO RONALDO
AFP

LISBON: Cristiano Ronaldo berkata kunci kejayaannya adalah kerana dia lebih mempercayai dirinya sendiri berbanding orang lain dan menasihatkan rakan senegaranya di Portugal untuk mengadaptasinya.

Bintang Real Madrid itu berkata demikian ketika menerima anugerah Pemain Terbaik Portugal di sini, hari ini.

“Kita harus sentiasa percaya yang kami adalah yang terbaik,” kata Ronaldo mengetuai Portugal menjulang gelaran Euro 2016 dan ketika ini mengalih perhatiannya terhadap Piala Dunia 2018.

“Kamu perlu sentiasa berfikir perkara yang besar. Saya sentiasa percaya yang tiada orang lebih baik daripada saya, sekurang-kurangnya di atas padang.

AKSI Ronaldo ketika menentang Girona. -Foto AFP
AKSI Ronaldo ketika menentang Girona. -Foto AFP

“Dari sudut peribadi dan berkumpulan saya memperoleh tahun yang paling diimpikan. Saya memenangi lima trofi (Liga Juara-Juara, Piala Super UEFA, Piala Dunia Kelab, La Liga dan Piala Super Sepanyol) Ballon D’Or dan ‘Terbaik’ FIFA.”

Ronaldo yang memenangi anugerah berprestij Ballon D’Or sebanyak lima kali dijadual mengemudi Portugal bertemu Mesir pada aksi persahabatan antarabangsa, Jumaat ini dan Belanda, tiga hari kemudian.

Pemain berusia 33 tahun itu sudah menjaringkan 79 gol dalam 147 perlawanan untuk Portugal dan akan mengetuai juara Eropah itu di Piala Dunia.

Portugal diundi bersama Sepanyol, Mesir dan Iran di pusingan pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Mac 2018 @ 12:01 AM