Grove (dua dari kiri) dan TMJ bertukar baju T sebagai tanda kerjasama. FOTO AFIQ HANIF
Grove (dua dari kiri) dan TMJ bertukar baju T sebagai tanda kerjasama. FOTO AFIQ HANIF
Afiq Hanif


PEMINAT bola sepak tempatan bakal menikmati semua perlawanan Liga Super secara langsung untuk musim 2018 secara ‘online’.

Ia diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).

“Sukan ini adalah sukan rakyat dan inovasi sebegini perlu pada era digital,” katanya selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara FAM dan penyedia kandungan strim, iflix, hari ini.

Iflix diwakili Pengerusinya, Patrick Grove.

Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP), Kevin Ramalingam ketika menerangkan mengenai kerjasama terbabit berkata, terdapat dua siaran langsung di televisyen, dua di laman web (akan diumumkan Khamis ini) dan dua di iflix.

“Namun, pengguna boleh menonton semua enam perlawanan secara langsung di iflix,” katanya.

Sementara itu, Grove berkata kadar bayaran untuk menonton semua perlawanan liga tempatan serendah RM20 sebulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2018 @ 8:05 PM