GRIEZMANN meraikan kejayaan selepas meledakkan gol ketika menentang Girona FC di Stadium Wanda Metropolitano. Foto AFP
GRIEZMANN meraikan kejayaan selepas meledakkan gol ketika menentang Girona FC di Stadium Wanda Metropolitano. Foto AFP
AFP

MADRID: Barcelona menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan kelab itu sudah mencapai persetujuan untuk menandatangani bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann hujung musim ini.

“Penyerang Atletico Madrid itu sudah mencapai persetujuan untuk menyertai Barcelona di bawah kendalian Ernesto Valverde,” menurut laporan media tempatan.

Bagaimanapun, Barcelona segera mengambil langkah drastik menafikan laporan berkenaan.

“FC Barcelona sekeras-kerasnya menafikan apa yang sedang diperkatakan di media sejak beberapa jam lalu berhubung pemain Atletico Madrid, Antoine Griezmann,” menurut kenyataan kelab Catalan berkenaan.

Atletico mengemukakan laporan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenai ada ‘perhubungan berulang’ antara Barcelona dan penyerang Perancis itu.

“Barcelona jelas membantah insiden berkenaan dan sentiasa menghormati pendirian Atletico Madrid.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2018 @ 9:17 AM