LEWANDOWSKI (kanan) jaring gol tunggal perlawanan. -Foto AFP
LEWANDOWSKI (kanan) jaring gol tunggal perlawanan. -Foto AFP
AFP

BERLIN: Robert Lewandowski meledak gol ke-15 dalam 16 perlawanan liga ketika pendahulu Bundesliga, Bayern Munich melonjak sembilan mata di depan sekalipun bergelut untuk menundukkan kelab tercorot Cologne 1-0, awal pagi tadi.

Penyerang Poland itu hanya gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan liga Bayern musim ini dan mengumpul 21 gol dalam semua pertandingan.

Bagaimanapun, Lewandowski muncul sebagai penyelamat ketika Bayern kehilangan idea menentang Cologne yang dilanda kecederaan.

“Kami tidak bertindak dengan baik dan gerakan bola juga tidak lancar,” kata kapten Bayern, Thomas Mueller.

“Anda tidak boleh menyerang menentang setiap lawan seperti kami lakukan pada babak kedua, kami perlu melakukan lebih lagi.”

Selepas sejam berlalu di depan 75,000 penonton di Arena Allianz, Bayern memecah kebuntuan apabila Mueller menanduk bola yang singgah di kaki Lewandowski sebelum penyerang itu menampan masuk.

Bayern sudah menang 13 daripada 14 perlawanan mereka sejak Jupp Heynckes menggantikan Carlo Ancelotti sebagai jurulatih pada awal Oktober lalu.

Sebaliknya, Cologne masih tercari-cari kemenangan pertama liga musim ini.

Bos kelab itu sudah merancang kehidupan dalam divisyen dua dengan pasukan itu kini 13 mata daripada zon selamat.

Di Gelsenkirchen, Schalke melonjak ke tangga kedua sekalipun mensia-siakan pendahuluan dua gol ketika menang 3-2 di laman sendiri ke atas Augsburg.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2017 @ 12:38 PM