ALLEGRI akui Buffon dan Pjanic sedang alami masalah otot dan mungkin terpaksa diketepikan. -Foto AFP
ALLEGRI akui Buffon dan Pjanic sedang alami masalah otot dan mungkin terpaksa diketepikan. -Foto AFP
Agensi

ATHENS: Jurulatih Juventus Massimiliano Allegri berkata, kapten Gianluigi Buffon dan pemain tengah Miralem Pjanic belum pasti diturunkan dalam aksi penting Liga Juara-Juara menentang Olympiakos, awal pagi esok.

Juventus dua kali naib juara dalam tiga musim lalu menuju ke Athens dengan misi wajib menang untuk memastikan tempat ke pusingan kalah mati.

Bagaimanapun Gonzalo Higuain akan diturunkan selepas menjaringkan gol kemenangan ke atas Napoli kelmarin walaupun retak tangan.

“Higuain akan berada di atas padang kerana dia semakin pulih fizikal dan mental,” kata Allegri. Esok sangat penting. Kami masih menilai keadaan Buffon dan Pjanic yang mengalami masalah otot.”

Keputusan seri atau kalah memadai untuk juara enam kali Serie A itu melainkan Sporting Lisbon mengatasi Barcelona di Camp Nou.

GIANLUIGI BUFFON
GIANLUIGI BUFFON

“Kami enggan menunggu dan melihat keputusan di Barcelona,” kata Allegri. Kami perlu menang atau tersingkir dari saingan. Kami perlu sabar dan rebut setiap peluang untuk menang perlawanan itu.

“Ketiadaan (Giorgio) Chiellini akan ditampung (Daniele) Rugani atau Mattia De Sciglio. (Mario) Mandzukic juga boleh beraksi .”

Menurut Allegri lagi, perlawanan menentang Olympiakos juga adalah ujian penting kepada penyerang Argentina, Paulo Dybala untk kembali ke puncak prestasi dan menamatkan kemarau jaringan dalam Liga Juara-Juara selain 12 jaringan dalam Serie A.

Sementara itu pemain pertahanan tengah Andrea Barzagli berkata: “Tak mungkin untuk kami gagal mara. Esok aksi penting untuk kami layak ke pusingan kalah mati dan itu misi pertama kami musim ini. Kami tahu kepentingan perlawanan itu dan aksi menentang Olympikos tidak mudah dan kami perlu waspada.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2017 @ 10:17 AM