JELIUS (baju biru) akan terus bimbing Sabah hadapi saingan Liga M musim depan. -Foto fail
JELIUS (baju biru) akan terus bimbing Sabah hadapi saingan Liga M musim depan. -Foto fail
Ryan Stanley


JELIUS Ating dikekalkan sebagai ketua jurulatih skuad Sang Badak bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Perkara itu diumumkan Presiden SAFA, Tan Sri Musa Aman menerusi kenyataan yang disampaikan Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang, di pejabat SAFA, di sini, hari ini.

Turut dikekalkan ialah Datuk Juil Nuatim sebagai pengurus pasukan, Burhan Ajui sebagai penolong ketua jurulatih dan Mark Damun (jurulatih penjaga gol).

“Kita juga Jorrye Jakiwa sebagai jurulatih kecergasan baharu pasukan,” katanya.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan pasukan Sabah meneruskan momentum sebagai pencabar dalam saingan Liga M, sejak Jelius mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih, pada pertengahan musim lalu.

Dalam perkembangan lain, Lawrence berkata, hanya dua pemain import iaitu Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyong dikekalkan, manakala Francis Kasonde dan Rodojub Paunovic tidak disambung kontrak.

“Kita akan menggunakan semula khidmat Igor Cerina yang direhatkan sebelum ini kerana kecederaan dan beberapa pemain import lain juga akan datang ke Kota Kinabalu untuk menjalani ujian pemilihan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2017 @ 3:53 PM