ABU Bakar bangga pencapaian PKNP.  FOTO/EFFENDY RASHID
ABU Bakar bangga pencapaian PKNP. FOTO/EFFENDY RASHID
Azizan Hashim


JURULATIH Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Abu Bakar Fadzim bangga dengan kejayaan kelab itu menduduki tempat ketiga Liga Perdana musim ini.

Bagi Abu Bakar, pencapaian itu nyata di luar jangkaan apabila menyedari skuad bimbingannya menghadapi saingan liga dengan serba kekurangan. Malah PKNP FC hanya ketinggalan satu mata di belakang juara dan naib juara, Kuala Lumpur dan Terengganu yang terikat dengan 47 mata.

PEMAIN PKNP FC meraikan gol kedua menentang Terengganu dalam aksi terakhir  Liga Perdana di Stadium Perak. FOTO/EFFENDY RASHID
PEMAIN PKNP FC meraikan gol kedua menentang Terengganu dalam aksi terakhir Liga Perdana di Stadium Perak. FOTO/EFFENDY RASHID

“Tahniah kepada pemain kerana dengan kesungguhan mereka berjaya meletakkan pasukan di kedudukan ketiga. “Mereka membuat kelab ini kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pasukan-pasukan elit liga divisyen dua ini,” katanya.

Apa yang membanggakan Abu Bakar ialah kejayaan PKNP FC dicapai tanpa perlu berbelanja besar.

PEMAIN PKNP  (jeris oren) miliki semangat juang tinggi selepas hanya satu mata pemisah antara juara dan naib juara Liga Perdana. FOTO/BERNAMA
PEMAIN PKNP (jeris oren) miliki semangat juang tinggi selepas hanya satu mata pemisah antara juara dan naib juara Liga Perdana. FOTO/BERNAMA

“Kami pasukan bajet kecil berbanding pasukan lain tetapi komitmen pemain cukup tinggi. Pemain bermain dengan sepenuh jiwa dan raga mereka untuk menghasilkan kejayaan ini.”

“Kedudukan tempat ketiga liga ini sebagai hadiah istimewa kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKNP, Datuk Aminuddin Md Desa. Beliau individu utama di belakang kejayaan pasukan, tanpa sokongan beliau, tak mungkin semua ini menjadi kenyataan,” katanya.

Mengenai perancangan tahun depan, Abu Bakar berkata, dia akan mengemukakan laporan dan membuat cadangan kepada pihak pengurusan kelab. “Terpulang kepada CEO serta pihak pengurusan pasukan membuat keputusan,” katanya.

PKNP hanya berbelanja kecil pada musim lepas. FOTO/GHAZALI KORI
PKNP hanya berbelanja kecil pada musim lepas. FOTO/GHAZALI KORI

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2017 @ 10:27 AM