AFP

STOCKHOLM: Bekas bintang bola sepak wanita Sweden mendakwa dia berdepan serangan seksual oleh tiga pemain lelaki cukup dikenali dalam skuad kebangsaan lelaki termasuk dihantar beberapa siri gambar lucah.

Gunilla Axen (gambar) yang juga juara Eropah pada 1984 memberitahu akhbar Aftonbladet yang tiga lelaki terbabit adalah “amat dikenali, dihormati dan berjaya” dengan kejadian itu didakwa berlaku dalam dekad pertama abad berkenaan.

Axen begitupun enggan mendedahkan nama pemain yang terbabit.

Dia mendakwa yang dia sebanyak tiga kali menerima “gambar kemaluan lelaki.”

Ketika insiden berkenaan, Axen bekerja sebagai ketua pembangunan Persatuan Bola Sepak Sweden (SvFF).

“Presiden dan Majlis (SvFF) sudah dimaklumkan tetapi mereka kekal berdiam diri,” kata Axen.

Ketika dihubungi oleh Aftonbladet, Presiden SvFF yang ketika itu tiada di pejabatnya berkata dia “amat terkejut.”

“Sudah tentu kami tidak boleh bertolak ansur dengan sikap seperti ini. Kami perlu tahu dengan lebih banyak dan bertindak dengan pantas kerana sebarang bentuk serangan langsung tidak boleh diterima.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 2:02 PM