LESIA menewaskan Coco  7-5, 1-6, 6-2 .
LESIA menewaskan Coco 7-5, 1-6, 6-2 .
Reuters

MOSCOW: Lesia Tsurenko mengecewakan pilihan kedua, Coco Vandeweghe untuk melangkah ke suku akhir tenis Piala Kremlin, di sini awal pagi tadi ketika pilihan utama Kristina Mladenovic disingkirkan Aliaksandra Sasnovich.

Tsurenko yang tampil garang di awal perlawanan memenangi set pertama sebelum menewaskan Coco 7-5, 1-6, 6-2 dalam pertembungan yang berlangsung kurang dua jam.

Dia dijadual bertemu pilihan ketujuh Julia Goerges yang menewaskan Yulia Putintseva in 6-3, 6-3.

Aliaksandra dalam pada itu memanfaat sepenuhnya 16 kesilapan berganda Kristina untuk menang dengan keputusan 6-2, 2-6, 6-2 dan mara ke peringkat berikutnya.

Lawan dari Belarus di peringkat itu ialah pemain Russia, Daria Kasatkina yang menewaskan Katerina Siniakova 6-2, 6-3.

Juga berlangsung semalam ialah pertembungan yang menyaksikan Irina-Camelia Begu mengecewakan pilihan keempat, Anastasija Sevastova dengan keputusan 6-4, 6-3.

Irina-Camelia akan bertemu pemain Belarus, Vera Lapko di pentas suku akhir yang sebelum itu menang 6-3, 3-1 ke atas pemain Australia, Daria Gavrilova 6-3, 3-1 yang mengambil keputusan menarik diri susulan kecederaan.

Sementara itu, Magdalena Rybarikova yang mencipta sensasi selepas menyingkirkan Maria Sharapova di depan ribuan penyokong, semalam terpaksa memberikan kemenangan percuma ke atas pemain Perancis, Alize Cornet selepas mengadu kesakitan.

Alize dijadual bertemu pemain tuan rumah, Natalia Vikhlyantseva yang sebelum itu menewaskan pilihan ketiga Elena Vesnina 7-6, 6-4.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 11:52 AM