FITRI terkena pukulan kayu di pipi kanannya ketika menentang Pakistan. FOTO /AIZUDDIN SAAD
FITRI terkena pukulan kayu di pipi kanannya ketika menentang Pakistan. FOTO /AIZUDDIN SAAD
Jugjet Singh


Fitri Saari yang baru saja kembali ke Dhaka malam tadi, sedih dengan corak permainan Pakistan yang menggunakan kekerasan dalam perlawanan pertama round robin Piala Asia hari ini.

“Ia adalah permainan yang sangat sukar, ditambah pula dengan cara Pakistan bermain yang memukul rakan sepasukan saya apabila mereka tidak dapat atasi kami dengan kemahiran (dan kecergasan).”

“Ia menyedihkan, kerana ini bukanlah cara pasukan Asia bermain hoki. Semangat persaudaraan dalam kalangan negara Asia diketepikan Pakistan dalam misi mereka untuk memenangi mata,” kata Fitri.

Fitri sebelum ini terpaksa pulang ke tanah air sebaik mendapat berita yang anak lelakinya, Adam Zafran dimasukkan ke unit pemerhatian rapi (ICU) kerana jangkitan paru-paru.

Namun selepas keadaan anaknya stabil, dia terbang semula ke Dhaka dan tampil sebagai antara tonggak utama dalam kemenangan 3-2 ke atas Pakistan.

“Saya masih memantau rapi keadaan anak lelaki saya, dan jika semuanya berada dalam keadaan baik, saya akan terus bermain,” kata Fitri.

Pada perlawanan hari ini, Fitri terkena pukulan kayu di pipi kanannya, tetapi kembali bermain selepas dirawat.

Abangnya, Faizal pula mengalami hentakan lebih kuat di atas mulut dan terpaksa menerima rawatan di padang akibat pendarahan.

Dia juga kembali bermain selepas 10 minit.

Perlawanan berkenaan cukup sengit di mana Malaysia terpaksa bangkit dua kali untuk menyamakan kedudukan, dan akhirnya meraih kemenangan manis yang mungkin akan melakar laluan ke final Piala Asia pertama buat negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Oktober 2017 @ 10:11 PM