BARCELONA berdepan penyingkiran daripada La Liga sekiranya Catalonia capai kemerdekaan.
BARCELONA berdepan penyingkiran daripada La Liga sekiranya Catalonia capai kemerdekaan.
Reuters

Barcelona: Ketegangan menyelubungi referendum kemerdekaan Catalonia kini merebak ke padang bola di Sepanyol selepas amaran dikeluarkan liga bola sepak negara itu bahawa satu daripada pasukan paling disanjung di negara itu, Barcelona akan tersingkir jika wilayah itu mencapai kemerdekaan.

Catalonia adalah tuan rumah kepada kelab kedua paling bernilai di dunia, dengan Barca, juara Eropah lima kali itu menurut presiden La Liga Javier Tebas tidak akan dibenarkan kekal di liga itu jika keluar dari Sepanyol.

Komuniti bola sepak Sepanyol percaya bahawa tindakan keluar dari negara itu satu prospek yang mustahil, memandangkan Madrid mengumumkan undian hari ini sebagai tidak mengikut perlembaan tetapi itu tidak menghalang krisis politik Catalan daripada mencetuskan perpecahan dalam kalangan peminat dan beberapa pegawai.

Ancaman La Liga untuk menyingkirkan Barca berikutan kemerdekaan wilayah itu akan menyebabkan kelab itu yang dianggarkan Forbes bernilai AS$3.64 bilion (RM15.37 bilion) dan pemainnya termasuk pemain tahunan dunia lima kali Lionel Messi tidak mempunyai sebarang liga.

Kelab utama lain di rantau itu, Girona dan Espanyol, juga bakal tersingkir daripada bola sepak Sepanyol.

Barcelona dan La Liga enggan memberi sebarang komen biarpun naib presiden kelab itu Jordi Cardoner, memberitahu wartawan bahawa undian itu akan menjadi ‘hari penting dalam sejarah negara, tetapi kami perlu fokus terhadap bola sepak.”

Badan induk bola sepak dunia FIFA juga enggan memberi sebarang komen berhubung implikasi kepada Barcelona dan kelab Catalan yang lain di rantau itu akan mengumumkan kemerdekaan selepas undian itu, yang dianggap Sepanyol sebagai tidak mengikut perlembagaan.

“FIFA enggan memberi komen terhadap sebarang senario masa depan,” kata jurucakap FIFA.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2017 @ 3:53 AM