MORATA (tengah) tembusi gawang Stoke buat kali keempat. - Foto  REUTERS
MORATA (tengah) tembusi gawang Stoke buat kali keempat. - Foto REUTERS
AFP

STOKE-ON-TRENT, England: Alvaro Morata bersiap sedia menghadapi kunjungan Chelsea dalam Liga Juara-Juara ke Atletico Madrid minggu depan dengan prestasi terbaik selepas hatriknya mencetus kemenangan besar 4-0 pasukannya di Stoke City.

Morata meledak tiga kali di Stadium bet365 malam tadi untuk mengumpul tujuh gol dalam enam perlawanan buat Chelsea sejak berpindah dari kelab musuh Atletico, Real Madrid hujung musim lalu.

MORATA dapat pujian Conte. - Foto REUTERS
MORATA dapat pujian Conte. - Foto REUTERS

Ada juga kelegaan buat Morata dan pengurus Antonio Conte apabila penyokong Chelsea tidak lagi menyanyikan lagi kontroversi mengenai penyerang Sepanyol itu yang mempunyai anti-Semitic merujuk kepada kelab musuh Tottenham Hotspur.

“Peminat kami fantastik hari ini dan mereka banyak membantu pasukan setiap masa,” kata Conte, pasukannya menyusuli kunjungan ke Sepanyol dengan aksi laman sendiri menentang Manchester City, hujung minggu depan.

“Di stadium ini penonton banyak memainkan peranan dan saya mahu berterima kasih kepada penyokong kami kerana saya ulang mereka banyak membantu pasukan hari ini. Hebat juga menukarnya (lagu itu). Saya gembira dengan semua ini.

“Saya fikir Alvaro bermain dengan amat baik. Dia menyumbat hatrik dan bagi penyerang kami ia amat penting.

“Ia bermakna kami mencipta peluang untuk disudahkan penyerang kami, tapi saya kagum dengan persembahannya dan saya juga gembira dengan persembahan pasukan secara keseluruhan.”

Morata membuka tirai jaringan hanya selepas 81 saat dan menokok dua gol lagi pada babak kedua selepas Pedro Rodriguez menghukum kesilapan Darren Fletcher untuk menjadikan kedudukan 2-0.

“Tidak mudah menang di laman lawan menentang Stoke. Perlawanan ini sering kali sukar,” ujar Conte, pasukannya ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Manchester City dan Manchester United.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2017 @ 12:12 PM