CHOUPO-Moting (kiri) menjaringkan gol kedua Stoke.
CHOUPO-Moting (kiri) menjaringkan gol kedua Stoke.
AFP

STOKE-ON-TRENT, England: Eric Maxim Choupo-Moting menamatkan permulaan sempurna Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris selepas dua gol pertamanya buat Stoke memastikan mereka seri 2-2 dengan pasukan kendalian Jose Mourinho, awal pagi tadi.

Choupo-Moting memberikan Stoke gol pendahuluan sebelum meraih gol penyamaan selepas Marcus Rashford dan Romelu Lukaku meletakkan United di depan.

 CHOUPO-Moting (tengah) ledak gol pertama.
CHOUPO-Moting (tengah) ledak gol pertama.

Gol penyerang Cameroon itu adalah yang pertama dibolosi United dalam empat aksi liga musim ini dan Stoke muncul lawan pertama menafikan mereka kemenangan.

Keputusan seri itu bagaimanapun cukup meletakkan United di puncak carta, di depan Manchester City menerusi perbezaan gol namun kealpaan mereka membenarkan gol dibolosi pada setiap babak menjadi kebimbangan Mourinho.

Pemain dibeli Stoke pada musim panas lalu itu meledak pada minit ke-43 dan 63 dengan Rashford menyamakan kedudukan menerusi gol tandukan nasib pada masa kecederaan babak pertama sebelum gol keempat Lukaku dalam empat aksi memberikan United pendahuluan yang hanya mampu bertahan selama enam minit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2017 @ 9:16 AM