Klopp mahu Aubameyang pertajam serangan Liverpol. FOTO REUTERS
Klopp mahu Aubameyang pertajam serangan Liverpol. FOTO REUTERS
The Sun

LIVERPOOL berada di petak utama mendapatkan penyerang Pierre Emerick Aubameyang apabila Jurgen Klopp terus memberi tekanan untuk bersatu semula dengan pemain terbabit sejak April lalu.

Klopp bekas pengurus Dortmund mahu Aubameyang berada di Anfield.

Aubameyang, 28, menyumbang sebanyak 85 gol dalam 128 aksi Bundesliga bersama ‘Der BVB’.

Bagaimanapun pemilik kelab Liverpool, Fenway Sports Group enggan memenuhi tuntutan kelab Jerman itu yang menilai pemain itu yang mahukan gaji sebanyak £180,000 (RM1 juta) seminggu.

Keadaan itu meletakkan juara Liga Perdana, Chelsea berpeluang untuk merampas Aubameyang yang menjaringkan 40 gol musim lalu biarpun bos Blues Antonio Conte diberitahu kelab itu tidak akan membeli penyerang lagi sehinggalah masa depan Diego Costa selesai.

Chelsea mahu Costa dijual atau dipinjamkan sebelum mengeluarkan belanja berjuta juta untuk mendapatkan penyerang.

Aubameyang, penyerang Gabon juga belum mencapai kata putus berhijrah menyertai kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2017 @ 5:24 PM